Monday, 19 May 2014

TIPS-TIPS UNTUK KURANGKAN JERAWAT

Assalamualaikum

Seperti yang kita tahu , jerawat merupakan benda yang paling menyeramkan dalam hidup kita right?
so , aku nak share beberapa tips yang boleh hilangkan jerawat ni secara tradisional dan menggunakan alam sekitar, bukan produk :)

PERTAMA :

1. tumbuk beras
2. letak susu (ikutlah susu ape pun)
3. masukkan pegaga 

lepas siap tumbuk , letak kat muka n buat tidur ! hehe

KEDUA :

1.Tumbuk daun sireh 

dan pakai setiap waktu yg diperlukan, amalkan selalu untuk kesan yang cepat :)

KETIGA :

1. campur air limau nipis dan satu sudu minyak masak
2. esoknya , ambil beberapa keping asam gelugor dan rendam dalam air panas.
3. setelah sejuk/suam , basuh muka dengan air itu.
4. ambil asam gelugor tersebut dan gosokkan keseluruh muka.
5. biarkan beberapa minit
6. basuh muka dengan air biasa


done for the tips ! selamat mencuba :)

Jangan Lupa Komen Panda !

PETUA KEMPISKAN PERUT

assalamualaikum.

now nak share beberapa tips untuk kempiskan perut :)

pertama:

1. buat air teh yang tidak bergula
2. perah limau nipis

dan siap !

kedua:

1.kempiskan perut sekempisnya selama 10saat.
2. ulang sebanyak 8 kali

ketiga:

1. buat sit up setiap malam sebelum tidur

keempat:

kurangkan makan makanan berminyak dan mempunyai kandungan gula yang tinggi.

ini sahaja  for this entry, selamat mencuba >< 

Jangan Lupa Komen Panda !

Thursday, 15 May 2014

TIPS BAGI [BAKAL] PELAJAR MATRIKULASI

Assalamualaikum

harini nak share sikit ape yang dijumpai penting kepada dak2 matrik :)

benda ni tak tahu la dari blog mane tapi harapnya tuannya halalkan . kalau tuan blog tertengok benda ni , harap paham hanyalah sekadar perkongsian.

" SHARING IS CARING "

wordless day , just picture talks 





-end-

Jangan Lupa Komen Panda !

3 PERKARA DAPAT MENAJAMKAN FIKIRAN [DIJAMIN]

assalamualaikum



now , kita dalam segmen "JOm Jadi Bijak" . hehe . apa yang aku bakal kongsi ni adalah satu cara + pengalaman aku masa sekolah dulu. Ok, mase awal-awal tingkatan 5 dulu , my results was very down. habis struggle pun tak leyh jugak dapat result yang baik cam orang lain. then, terdetiklah satu kata-kata ni ..

"WRONG RESULT , CHANGE STRATEGY"

Then, start pada masa tu, aku ubah cara belajar aku, and aku ubah cara hidup aku. Selepas aku amalkan 5 3 perkara ni , Alhamdulillah , aku jadi pelajar top 10 in my school and that was my first excellence achievement ever.

nak tahu ape yang aku amalkan? jom kita check it out.

 KHUSYUK DALAM SOLAT

Cara nak khusyuk dalam solat . tahu ? okey , lau tak tahu meh kitew nak gtaw . antara cara mudahnye : Hayati dan dengar setiap apa yang kita sebut. then , kalau boleh pilih surah yang kita tahu maksudnya supaya kita boleh memahami ayat tu sampai ke lubuk hati. kenapa perlu dengar setiap huruf yg kita sebut tu? sebab kalau kita tak dengar , camne kita nak tahu bacaan kita betul ke tidak , harakat tepat ke tidak. right?

 BACA AL-QURAN

Sebab kita kena baca Quran adalah kerana Quran ni salah satu cara dapat meningkatkan kefokusan kita. kalau boleh dalam sehari, perlu ade sekali jugak baca Quran. satu muka surat pon jadilah asalkan tak tinggal. Dengan cara ni juga, kita dapat meningkatkan mutu bacaan kita. Bunyi seronok je kan ? Apelagi jom kita lakukan sesame. :)

 ZIKRULLAH

Zikir ni zikir yang paling simple but very affected kalau buat. yang ni aku dah penah buat tips kat other entry but just notakaki. yang ni secara lebih spesifik aku nak share . okeh , zikir ape ? zikirnye hanyalah membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM hanya 100 kali setiap pagi dan malam. senang cerita , selepas solat subuh dan solat zohor. SERIOUSLY zikir ni best untuk diamalkan. banyak kebaikan yang korang akan dapat dari zikir ni.  antaranya?? menambahkan lagi rezeki . tak caye ? try it.

sebenarnya ada 2 lagi amalan yang aku buat dulu tapi dah tak ingat, so aku just tulis 3 je dahulu , nanti bila dah ingat apa lagi yang 2 perkara tu,inshaAllah akan diupdate dari semasa ke semasa.

please keep in touch !

that's all from me .hope membantu sesiapa yang ingin meningkatkan kecemerlangan diri :)


for reading this !


Jangan Lupa Komen Panda !

Wednesday, 14 May 2014

CINTA MONYET JADI TREND BUDAK SEKOLAH

ASSALAMUALAIKUM


Harini aku nak kongsi sikit ape yang aku fikir ngan budak-budak sekolah yang baru je jejak kaki masuk sekolah dah kapel.

WTH??!!

petang tadi , round-round facebook then terjumpalah satu status budak sekolah pasal kapel dye . alamak ! kalah aku shiott . haha .

"Kalau saya ada masalah , hanya kat awak je saya ngadu selain mak ayah saya."

Ahaaa ! Budak hingusan ni tak sedar ke yang dia ade Tuhan yang telah menciptakan dia dan kepadanya juga kita akan kembali??



Al Qur’an yang berulang-ulang menyebut adanya pasangan dalam alam tumbuh-tumbuhan, juga menyebut adanya pasangan dalam rangka yang lebih umum, dan dengan batas-batas yang tidak ditentukan.

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.” [Yaa Siin 36:36]

  
Secara logiknya pun kita dah boleh fikir sendiri dan nampak dengan jelasnya yang setiap ciptaan Allah ni dijadikan berpasang-pasangan. Contoh : langit bersama bumi , siang bersama malam , matahari bersama bulan. Jadi , kita sebagai manusia dan hamba kepadaNYa perlu yakin dengan janji Allah. Cepat atau lambat pasti ada hikmahnya.Right?

Sebagai seorang manusia yang inginkan keredhanNya, sekarang kita tak perlu nak mencari siapa nak jadi pasangan kita, bosannya takde pasangan tapi sepatutnya kita sediakan diri kita kalau betul-betul dah bersedia nak hidup berpasangan dengan komited yang penuh.

Budak-budak zaman sekarang ni tak sedar yang perbuatan yang sekecil inilah yang akan membawa mereka terjun ke dalam kancah kemaksiatan dan lembah penzinaan. Semakin hari statistik negara semakin meningkat tentang tangkap basah apatah lagi polemik masalah pembuangan bayi.

Perkara utama berlakunya perkara semacam ini adalah kerana ini :



HATI

Kalau kita rasa kita ada masalah, jiwa tak tenang, gundah gulana jawapannya semaklah hati kita. Mungkin dia perlukan santapan. Santapan apa? Santapan ROHANI. Kalau dalam sehari, kita mampu nak beri santapan jasmani dengan berbayarkan duit, tak salah pun kan kalau kita beri kepada ROHANI kita juga dengan kadar PERCUMA . :)

Tepuk dada Tanya iman

Sentiasalah mengingati Allah dan berzikir padanya.
tak mampu?
INGATLAH MATI NESCAYA KAMU AKAN INGAT PADA ALLAH.
inshaAllah

 

Jadi budak-budak sekolah diluar sana yang sudah berpunya, sedarlah dan kembalilah kepada jalan yang benar. Your parents send u to school not for learning about LOVE but for learning the study.
Macam kata-kata budak sekolah yang kita dah byase dengar :

"    D B 4 U  somebody "
TIPS ! 
baca BISMILLAH 100 kali sehari pagi dan juga petang untuk fadhilat yg hanya orang mengamalkannya je tahu ape dye kebaikan dia . RUGI taw kalau tak buat !! SERIOUS TALK ~

p/s : ini semua untuk peringatan pada diriku dan dirimu yang sering alpa 


done for this entry and publish ! 


Jangan Lupa Komen Panda !

Tuesday, 13 May 2014

PERSEDIAAN BARANG UNTUK UNIVERSITI/KOLEJ (IPT)


Senarai barang yang perlu dibawa ke universiti:

ORIENTASI :

  • Baju kurung (sekurang kurangnya 6 pasang)
  • Kasut sukan (kalau bawak kasut fancy takut kotor so bawak je lah)
  • Laptop tak payah bawak (takut ada kes kecuriaan)
  • Girls free hair- bawa 2 or 3 helai tudung
  • Guys-  baju kolar, baju kemeja, kasut bertutup, tie (pakaian formal)
  • Pakaian dalam --" (secukupnya)
PAKAIAN AND FOOTWEAR :


  • Baju kurung especially for Monday - Friday
  • T-shirt (berkolar bagi lelaki)
  • Baju kemeja
  • Seluar jeans
  • Seluar tidur or Pajama
  • Kain batik/pelikat
  • Cardigan. Sweater? Maybe yes or no. depends on you!
  • Telekung
  • Baju putih kosong lengan panjang for diploma students only
  • Stoking (sila bawak 1-2 pasang)
  • Kasut sukan
  • Kasut/Sandal pergi kelas (sandal aku reti eja)
  • Kasut/selipar jalan jalan
  • Selipar tandas (selipar jepun)
TOILETERIES :


  • Shower gel (kalau guna sabun, jangan lupa bekas nya k)
  • Berus gigi & ubat gigi
  • Pencuci muka
  • Shaver
  • Shampoo & conditioner (kalau nak bawak conditioner lah. kalau tanak tak yah. bikin berat saja)
  • Deodorant
  • Perfume
  • Powder
  • Nail clipper
  • Baldi & gayung
  • Pad (untuk gadis)
  • Mekap (untuk gadis (?) kalau nak)
  • Pewangi locker (terpulang)
  • Cotton bud (terpulang)
  • Plastik sampah (penting! takut bersepah bilik. mana tahu roomate tak bawak)
  • Mini sewing kit
  • Tuala 2 helai (penting! untuk yang tinggal jauuuhhh~)
LAUNDRY :


  • Sabun basuh baju (kalau serbuk letak dalam bekas lain. takut berterabur k)
  • Iron
  • Hanger (dalam 20. terpulang)
  • Pengepit baju
EMERGENCY :


  • Penadol
  • Minyak angin
  • Period painkiller (untuk gadis)
  • Losen mustajab/minyak gamat
  • Ubat selsema
ETC :


  • Pendrive
  • ATM card
  • File untuk isi kertas
  • Bantal, Selimut
  • Cadar (kalau boleh 2 untuk yang tinggal jauuuhhh)
  • Tudung 2-3 helai untuk girls free hair
  • Laptop & charger
  • Charger handphone
  • Jam loceng
  • Surah yassin (agama islam. untuk non-muslim boleh bawak kitab masing masing)
  • Alat tulis
  • Buku kosong 1-2 buah buku
  • Beg/beg sandang (untuk pergi kelas)



Jangan Lupa Komen Panda !

BILA FB KENA HACK

ASSALAMUALAIKUM

Harini perasaan GERAM GERAM GERAM ! 

kenapa ?

sebab my FB ACCOUNT KENA HACK ! Omg .

benda yang paling menakutkan dalam dunia . right? tapi mujurlah orang yang hack my fb tu orang Malaysia and the known person.

bukak-bukak je FB petang tadi kat fon, tengok chat ada sampai 50 lebeyh mesej . then tekan nak bace,  aisehh ! cam pelik . Camne leh ade orang balas my chat ni !! 

and my perasaan just like this :
BLUE ONE is me , GREEN ONE is that Hacker !






TERSANGATLAH GERAM.

antara intipati ayat takleh blah dia :


"kalau saya cakap saya sayang awak boleh tak?  jujur saya katakan dulu hidup saya sepi je, tapi semenjak kehadiran awak hidup saya kembali ceria. awak yang selalu ada time saya sedeyh saya hepi , saya berduka awak boleh tumpang sedih untuk saya sebenarnya, da lama pintu hati saya tertutup untuk menerima mana-mana lelaki lain semenjak saya dilukakan dulu tapi..dengan kehadiran awak, saya sedar bukan semua lelaki macam tu. awak,, boleh tak janji satu benda dengan saya? jangan tinggalkan saya walau apa pun yang berlaku saya nak awak sentiasa ada dengan saya. saya hanya mintak tu. tak lebih dan tak kurang, cukuplah dengan kehadiran awak saya tak perlukan sape2 lagi. saya tunggu respon awk :')"


hotak kauu ! respon ape ? respon dye nak terima lamaran ko untuk pihak aku?

cesss~

yang paling aku geram , dah la dye chat ngan kawan rapat aku ! grrr~
maksud aku kawan rapat tu , hurm hurm ,
okay ,
aku and dia know yg masing-masing ade feeling suka-suka kan . but kitorang masih kontrolla koz we are still students.
nak nikah pun lambat lagi.



tapitapitapi

aku takkan cakap kot camni . haishhh~
menyusahkan aku la hacker ni.
dahla aku gaduh kecil ngan dye dah tu hacker ni gi tambah lagi beban aku.

lau aku jumpe dye memang aku dah belasah dah .

apa pun aku perlu tetap bersabar . kerana ?

SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN
TO MY DEAREST AND PITY FRIEND :
IM SO SORRY sebab babitkan awak dalam masalah ni.
Saya harap kita masih kawan and selamanya kita kawan keh?
Maafkan saya taw ! sorrryyyyyyyyy T_T

done and publish !









Jangan Lupa Komen Panda !